suria

Peminat buat tabung dana bantu Kanye West, hanya berjaya kumpul RM24

Kanye West bukan lagi bilionair.

SELEPAS Adidas menamatkan kontrak bersama Kanye West, peminat melancarkan tabung GoFundMe dalam usaha membantu penyanyi rap berkenaan menyelesaikan masalah kewangan dihadapinya.

New York Post melaporkan kempen 'make him a billionaire again' bagaimanapun mendapat sambutan hambar apabila hanya berjaya mengumpul AS$5 (RM24) sepanjang seminggu tabung itu dilancarkan.

GoFundMe turut menamatkan kempen berkenaan dipercayai melanggar syarat perkhidmatan.

qqw1 - 1

Tabung dana untuk Kanye West gagal terima sambutan.

Dalam pada itu, meskipun kempen berkenaan tidak berjaya namun perkra itu mendapat liputan meluas di media sosial.

Sebelum ini, Kanye dilaporkan tidak lagi memegang status bilionair selepas perjanjian bersama beberapa jenama terkenal dunia termasuk Adidas ditamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adidas tamatkan kontrak, Kanye West kini jatuh miskin

ARTIKEL BERKAITAN: Buli teman lelaki, Kim Kardashian beri Kanye West amaran

Kontraknya ditamatkan selepas penyanyi rap itu didakwa mengeluarkan pelbagai kenyataan anti-sementik yang menimbulkan kemarahan ramai.

Tanpa kerjasama yang dianggarkan bernilai RM7 bilion berkenaan, nilai kekayaan dilaporkan hanya sekitar RM1.9 juta.

Bukan itu sahaja, beberapa jenama lain seperti Balenciaga, MRC serta agensi Creative Artist turut menamatkan kerjasama dengan penyanyi bermasalah tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain