PELAKON Jason Momoa menjadi perhatian ramai apabila bertindak menanggalkan pakaiannya dan hanya berseluar dalam ketika muncul dalam program Jimmy Kimmel pada Khamis lalu. People melaporkan, bintang filem Aquaman itu pada awalnya diminta mengulas berhubung foto dirinya yang hanya memakai seluar dalam ketika pergi memancing. Jason menjelaskan ia bukan seluar dalam sebaliknya pakaian tradisi orang Hawaii yang dikenali sebagai malo. Jelasnya, dia memakai malo bagi menjalani penggambaran sebuah siri terbaharu yang memperlihatkan dia memegang watak sebagai ketua perang. Jason Momoa hampir bertelanjang ketika muncul dalam program Jimmy Kimmel. "Itu pakaian tradisional kaum lelaki Hawaii dikenali sebagai malo. Sekarang ini saya mengenakan malo setiap hari sebagai persediaan watak tersebut. "Bukan itu sahaja, untuk menjiwai watak tersebut saya juga mewarnakan punggung saya dengan warna putih," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi rambut panjang, Jason Momoa tampil imej baharu demi selamatkan bumi ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dirempuh penunggang motosikal, Jason Momoa dipuji bantu orang melanggarnya Selepas menjelaskan perkara itu, Jason bangun daripada kerusinya sambil membuka baju dan seluar bagi membuktikan dia memakai malo ketika menghadiri temu bual berkenaan. Dalam pada itu, Jason memberitahu dia selesa memakai seluar dalam berkenaan dan disebabkan itu memakainya setiap hari. "Saya selesa memakai malo, kalau boleh saya tidak mahu mengenakan baju," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI