suria

Tiga anggota D-Crunch bergerak solo, pengurus umum kumpulan itu dibubarkan

Berita pembubaran kumpulan D-Crunch membuatkan peminat sedih.

SELEPAS empat tahun bersama, D-Crunch mengumumkan kumpulan itu sudah terkubur dan mereka membawa haluan masing-masing.

Pegurus kumpulan berkenaan memberitahu keputusan itu dilakukan selepas tiga anggota D-Crunch memutuskan untuk bergerak secara solo.

Khabar sedih yang diumumkan itu menarik perhatian peminat yang rata-rata bersedih dengan berita tersebut.

Peminat akan terus menyokong ahli D-Crunch dalam bidang kerjaya masing-masing

"Kami membuat keputusan ini setelah berbincang dengan ahli yang ada untuk membubarkan kumpulan dan mereka semua bersetuju.

"Ini bukan keputusan yang gembira untuk diumumkan terutamanya kepada peminat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bercinta, Luhan EXO akhirnya bergelar suami aktres China

ARTIKEL BERKAITAN: Benjolan di bahagian leher dikhuatiri kanser limfoma, peminat gesa Jisoo Blackpink buat pemeriksaan kesihatan

Pihak pengurusan D-Crunch turut memohon maaf kepada semua peminat dan meminta mereka untuk terus menyokong ahli kumpulan berkenaan dalam karier solo masing-masing.

"Kami minta maaf atas keputusan ini dan terima kasih juga kepada semua peminat kerana sentiasa menyokong perjalanan karier ahli kumpulan ini.

"Jangan pernah berhenti menyokong kerana mereka semua masih berada dalam industri tetapi sebagai artis solo dengan bidang dan projek berbeza," katanya.

Ahli kumpulan D-Crunch kini hanya tinggal enam orang

Dalam pada itu, akaun rasmi media sosial D-Crunch juga akan dipadam dalam masa terdekat dan berharap peminat dapat menerimanya.

"Semua akaun media sosial yang berkaitan dengan D-Crunch bakal ditutup dan tidak akan digunakan lagi," katanya.

Kumpulan D-Crunch sebelum ini mempunyai sembilan orang ahli tetapi tiga dari mereka memilih untuk keluar dan meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain