suria

Rumah Nikita Mirzani digeledah tanpa kebenaran, dakwa anak cedera dipukul polis 

Nikita Mirzani didakwa memfitnah Dito Mahendra di Instagram.

SELEBRITI sensasi Indonesia Nikita Mirzani mendakwa pihak polis datang menggeledah kediamannya bagi mencari bahan bukti tanpa kebenarannya.

Nikita mendakwa seramai 12 anggota polis memasuki ke dalam rumahnya meskipun dia tidak berada di rumah.

"Pembantu rumah sudah beritahu saya tiada, tetapi anggota polis tidak peduli dengan apa dia katakan dan tetap menggeledah rumah saya," katanya.

Pelakon berkenaan membuat kenyataan itu ketika perbicaraan di mahkamah bagi kes dakwaan memuat naik hantaran berbauk jelik, fitnah dan penghinaan terhadap Dito Mahendra.

Nikita Mirzani ketika perbicaraan mahkamah.

Tidak hanya itu, Nikita memberitahu mahkamah anggota polis turut melakukan kekerasan terhadap anaknya yang cuba menghalang mereka daripada menggeledah rumah mereka.

Kata Nikita lagi, terdapat bukti kesan cedera pada tangan anaknya disebabkan berlaku pergelutan sehingga remaja itu trauma dan dalam ketakutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengamuk di balai polis, tak puas hati kena reman 20 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang anak-anak berebut harta selepas meninggal dunia, Nikita Mirzani dah siap buat wasiat!

"Anggota polis yang masuk ke dalam rumah saya telah melakukan paksaan dan kekerasan serta memecahkan tingkap.

"Bukti diambil secara paksa, seorang anggota polis mencederakan anak saya dengan mencubit dan menolaknya," katanya.

Nikita didakwa memfitnah Dito melalui laman sosial dengan memuat naik foto yang disunting sehingga menyebabkan dia berasa malu serta mengalami kerugian dianggarkan berjumlah IDR17.5 juta atau RM50,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain