suria

Pelakon ‘Power Rangers’ Jason David Frank meninggal dunia

Jason David Frank meninggal dunia pada usia 49 tahun.

PELAKON Jason David Frank yang popular menerusi watak Tommy Oliver dalam siri televisyen popular era 90-an Power Rangers meninggal dunia.

Jason berusia 49 tahun.

The Guardian melaporkan, punca kematian pelakon yang popular sebagai Power Rangers sut hijau itu tidak dinyatakan namun dipercayai akibat bunuh diri.

Sementara itu, berita kematian aktor ini mencuri perhatian peminat yang membanjiri media sosial mengucapkan takziah sebagai tanda penghormatan.

r2 - 1

Frank terkenal dengan watak Power Rangers hijau.

Malah, pelakon Walter Emanuel Jones yang memainkan watak Power Rangers hitam antara yang pertama meluahkan kesedihannya selepas kehilangan rakan seperjuangan.

"Saya sangat sedih kehilangan seorang lagi ahli istimewa dalam keluarga kami ini," tulisnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kepada penyanyi Backstreet Boys, Aaron Carter meninggal dunia pada usia 34 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Twit terakhir Aaron Carter mahu jumpa Kanye West jadi tanda tanya

Sebelum ini, pelakon Thuy Trang yang memainkan watak Power Rangers kuning meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2001 ketika berusia 27 tahun.

Untuk info, siri televisyen 'Mighty Morphin Power Rangers' mengisahkan tentang lima remaja yang ditugaskan untuk menyelamatkan bumi daripada kejahatan.

Ia pertama kali disiarkan di Fox pada tahun 1993 dan menjadi fenomena.

Watak Frank diperkenalkan sebagai penjahat dan menjadi Power Rangers hijau dalam musim pertama. Selepas kuasanya semakin hilang, dia bertukar menjadi Power Rangers putih dan dipilih sebagai ketua kumpulan yang baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain