suria

Selepas 2 tahun bercinta, Harry Styles dan Olivia Wilde putus

Harry Styles dan Olivia membawa haluan masing-masing.

PENYANYI Harry Styles dan teman wanitanya, Olivia Wilde dilaporkan sudah membawa haluan masing-masing hanya selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

E! News melaporkan pasangan itu sepakat membuat keputusan berkenaan berikutan masing-masing mempunyai komitmen tersendiri sehingga membuatkan mereka sukar bersama.

Harry ketika ini sibuk dengan konsert jelajah dunia manakala Olivia memberi fokus kepada dua anaknya dan menetap di Los Angeles.

Sebelum bercinta dengan Harry, Olivia yang juga seorang pelakon bertunang dengan Jason Sudeikis dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Otis, 8 dan Daisy, 6.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu taksub sekarang Marshanda trauma dengan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Sule mesra dengan teman lelaki bekas isteri, dapat hadiah kereta mewah sempena hari jadi

Laporan sebelum ini menyebut, Olivia dan bintang Ted Lasso itu mengakhiri pertunangan sembilan tahun mereka pada November 2020 selepas Harry terlibat dalam penggambaran filem Don't Worry Darling.

Pada Disember tahun sama, Olivia memberitahu majalan Vogue, dia menari kegembiraan apabila mendapat tahu Harry bersetuju berlakon dalam filem tersebut yang turut memperlihatkan aktres itu bertindak sebagai pengarah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain