suria

Dulu taksub sekarang Marshanda trauma dengan lelaki 

Marshanda tidak lagi taksub dengan lelaki.

PELAKON Indonesia Marshanda pernah taksub dengan lelaki yang menjadi kekasih atau suaminya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar mereka gembira.

Bagaimanapun katanya, sikap itu bukan hanya menyebabkan ramai mengambil kesempatan tetapi membuatkan dia trauma sehingga kini lebih senang hidup bersendirian.

"Dulu saya seorang yang setia dan mudah cemburu terhadap pasangan jika dia keluar bersama wanita lain malah sanggup melakukan apa sahaja.

Marshanda bersama anak perempuan, Sienna Ameerah Kasyafani.

"Tetapi perkara itu memakan diri sehingga saya jadi serik dan trauma dengan lelaki. Semua kebaikan saya selama ini sia-sia," katanya.

Pelakon Benci Bilang Cinta itu turut memberitahu dia kini tidak mempunyai masa mencari pasangan kerana sibuk menjaga anak dan lebih mengutamakan karier sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari menghilangkan diri, kedutaan Indonesia di Amerika sahkan Marshanda sudah ditemui

ARTIKEL BERKAITAN: Marshanda bengang ayah jadi mangsa pukul kerana dituduh menipu

"Selepas pengalaman buruk itu, saya belajar untuk tidak bersikap obses terhadap lelaki sehingga memakan diri.

"Sekarang saya lebih menghargai diri, sibukkan diri dengan kerja dan menjaga anak saya," katanya.

Marshanda pernah berkahwin dengan Ben Kasyafani pada 2014 namun mereka bercerai empat tahun kemudian.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sienna Ameerah Kasyafani yang kini berusia sembilan tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain