suria

Hero filem Tamil Naga Shourya pengsan, 4 hari tak minum air demi bina otot

Shourya dipaksa untuk tidak minum air.

PELAKON filem Tamil, Naga Shourya jatuh pengsan semasa menjalani penggambaran filem akibat dehidrasi melampau.

Memetik laporan Indiatimes, aktor berusia 33 tahun itu turut mengalami demam virus sehingga dikejarkan ke Institut Gastroenteologi Asia (AIG), India.

Difahamkan, Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari tanpa mengambil sebarang cecair.

Aktor ini sedang dalam usaha untuk membina otot bagi menjayakan filem berjudul NS24.

Shourya mengamalkan diet ketat selama tiga hari.

Dalam pada itu, Shourya dipaksa tenaga produksi untuk tidak minum air selama beberapa hari supaya dapat menghasilkan six pack.

Bagaimanapun selepas dikejarkan ke hospital, Shourya kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

ARTIKEL BERKAITAN: Leher sakit, kemaluan pula dicucuk jarum... Shah Rukh Khan kongsi pengalaman buat rawatan akupunktur

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor nasihat tak boleh berlakon aksi dan menari, Hrithik Roshan sahut cabaran jaga kesihatan

"Suhunya meningkat dan dia pengsan akibat dehidrasi, tetapi kini semuanya semakin baik.

"Dia kini sedang berehat dan sedang bersiap sedia untuk masuk semula ke set penggambaran tidak lama lagi," katanya.

Shourya sebelum ini pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Krisha Vrinda Vihari, Varudu Kaavalenu dan Lakshya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain