suria

Terlalu rindu mendiang anak... ibu sanggup kematian Lee Ji Han diganti dirinya

Luahan hati ibu mendiang Lee yang tidak dapat menerima pemergian anaknya.

PEMERGIAN aktor Lee Ji Han akibat tragedi Halloween Itaewon pada 29 Oktober lalu sangat memberi kesan kepada keluarga terutama ibunya.

Ibu Lee iaitu Ko Min Jung meluahkan rasa rindu terhadap mendiang anaknya itu serta memberitahu dia merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan ibu bapa.

"Aku menyayangimu, aku menghormatimu, aku merindukanmu. Kenapa awak pergi dahulu sebelum ibu dan bila kita akan berjumpa lagi?

Ko Min Jung membaca surat yang ditulis khas buat mendiang Lee kepada media

"Tuhan, aku mohon ambil diriku sebagai ganti dan kembalikan Lee semula," katanya.

Perkongsian Ko yang dimuat naik di Instagram itu mengundang sedih pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Yoo Ah In didakwa punca tragedi Halloween Itaewon

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon

"Dia bukan sahaja memiliki wajah yang tampan tetapi baik hati. Terima kasih kerana menjadikan Ji Han sebagai orang baik.

"Pelukan hangat untuk ibu! Ibu memang seorang yang hebat kerana telah melahirkan insan lelaki yang hebat. Semoga Ji Han tenang di sana," komen netizen.

Lee dikhabarkan ingin membantu seorang kanak-kanak perempuan yang terhimpit dengan orang ramai dalam tragedi Halloween Itaewon namun gagal dan akhirnya mengorbankan nyawanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain