PELAWAK Jay Pharoah menyifatkan dia dan teman baiknya, Pete Davidson sebagai pasangan ‘kembar’ kerana memiliki saiz zakar yang sama. Mendedahkan hal tersebut dalam satu temu bual baru-baru ini, Jay berkata, Pete pernah memberitahu alat sulitnya bersaiz sembilan inci dan ia menjadi penarik memikat wanita. Disebabkan itu juga dakwa Jay, sahabatnya itu berjaya mendapatkan perhatian selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Kim Kardashian dan Kate Beckinsale. Pete dan Kim berpisah selepas sembilan bulan bercinta. "Pete ada sesuatu istimewa. Itulah Pete! Ia diwarisi. Saiznya sembilan inci," dedahnya. Dalam pada itu, Jay turut meluahkan rasa simpati terhadap Pete kerana sering malang dalam percintaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian, Pete Davidson pilih bawa haluan masing-masing selepas 9 bulan bercinta "Pete, kamu boleh lakukan apa sahaja yang dikehendaki. Kami sentiasa menyokong. "Dia memiliki segalanya dalam sebuah perhubungan. Dia seorang yang baik," kata Jay lagi. Pete dan Kim mengumumkan perpisahan mereka pada Ogos lalu dan sehingga kini pelawak itu masih belum menemui pengganti. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI