suria

Kesabaran Victoria Beckham semakin menipis, menantu buat hal dedah isu dalaman keluarga

Victoria Beckham bengang dengan sikap Nicola Peltz.

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham dilaporkan berang dengan sikap menantunya, Nicola Peltz yang mendedahkan isu dalaman keluarga kepada umum.

The News melaporkan Victoria mendapat tahu mengenai perkara itu selepas membaca temu bual Nicola bersama akhbar The Sunday Times baru-baru ini.

Victoria menyifatkan tindakan Nicola itu seolah-olah sengaja dilakukan bagi menyakitkan hatinya dan menyemarakkan lagi khabar angin tentang hubungan mereka.

343535

Perselisihan faham antara Victoria dan Nicola masih belum selesai.

"Victoria melihat Nicola seakan-akan sengaja mencetuskan lebih banyak khabar angin dan bukannya cuba memperbaiki keadaan.

"Sepatutnya semua salah faham yang berlaku tidak dikongsi kepada umum sebaliknya berbincang secara peribadi," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu jawab isu tak seteru dengan Victoria Beckham gara-gara gaun pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang Victoria Beckham dapat pujian melambung, Nicola Peltz menangis tak dapat perhatian

Dalam pada itu, sumber memberitahu Victoria kesal apabila anaknya Brooklyn dan Nicola tidak mengambil sebarang langkah memperbaiki situasi yang berlaku di antara mereka.

Namun suaminya, David Beckham sentiasa menasihati isterinya agar kekal tenang dan tidak membuat sesuatu yang membuatkan keluarga mereka berpecah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain