suria

Jungkook BTS dipilih nyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Jungkook antara selebriti terpilih membuat persembahan di Qatar.

PENYANYI yang juga merupakan ahli kumpulan BTS, Jungkook dilaporkan bakal membuat persembahan di acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

Memetik laporan Soompi, pengumuman tersebut telah pun dibuat secara rasmi oleh pihak BTS pada Sabtu.

Jungkook, 25, dikatakan akan 'meminjamkan' suaranya untuk runut bunyi Piala Dunia yang akan datang, sekali gus membuat persembahan di acara pembukaan yang berlangsung akhir bulan ini.

jungkook1 - 1

Jungkook antara ahli BTS yang mempunyai ramai peminat.

Pihak pengurusannya, Big Hit Music berkongsi rasa bangga apabila Jungkook diumumkan sebahagian daripada penyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

"Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Jungkook adalah sebahagian penyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar dan akan membuat persembahan di acara perasmian. Nantikan!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Army berjaya tukar tarikh penerbitan Rolling Stone pada hari jadi Jungkook

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak sabar tunggu lagu baharu Jungkook (BTS) dan Charlie Puth

jungkook2 - 1

Peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi ini.

Berita gembira itu disambut baik oleh kelab peminat BTS, ARMY yang rata-ratanya berbangga melihat artis pujaan mereka bakal beraksi di pentas pembukaan Piala Dunia 2022.

"Jungkook akan membuat persembahan di acara pembukaan Piala Dunia Qatar! Kami sangat bangga dengan anda.

"Ini adalah sebuah momen besar untuknya. Jungkook baru berusia 25 tahun dan sudah mempunyai prestasi terbaik tampil dalam acara pembukaan sukan terbesar," tulis netizen.

Untuk info, acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 dijadualkan berlangsung pada 20 November waktu tempatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain