suria

Bunga Citra Lestari tunjuk perut lagi... “Buat mereka yang tidak faham!”

Bunga memuat naik video menunjukkan perutnya.

SELEPAS menjadi mangsa ‘body shaming’ kerana memiliki perut buncit dan dituduh sedang hamil, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi foto terbaharu dengan kapsyen sarkastik di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Bunga, 39, dilihat memakai pakaian senaman yang menampakkan bahagian perut.

Sambil menunjukkan perutnya, Bunga berkata postur tubuh dan sudut kamera membuatkan perutnya nampak sedikit buncit.

bcl2 - 1

Bunga menjadi mangsa 'body shaming'.

"Buat yang belum faham..." tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut menyokong BCL menyokong tindakannya menerangkan mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto perut buncit Bunga Citra Lestari tersebar, peminat petik nama Aeril Noah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bunga Citra Lestari jawab spekulasi hamil, kuat makan punca nampak buncit... "Biasalah perut mak-mak"

Namun, ada juga yang berpendapat Bunga tidak perlu menerangkan kepada netizen mengenai hal itu.

"Penerangan yang bijak. Beritahu mereka hal sebenar.

"Nah, dijawabnya dengan bahasa tubuh. Semua fahamkan sekarang?

bcl1 - 1

Faktor usia menjadi punca perutnya kelihatan sedikit buncit.

"Nope, anda tidak perlu menjelaskan kepada mereka," tulis netizen.

Sebelum ini, Bunga menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya hamil gara-gara kelihatan buncit.

Penyanyi ini memberitahu hal itu adalah kerana disebabkan faktor usia dan pemakanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain