suria

Isteri Aditya Zoni alami tekanan selepas bersalin secara pembedahan

Isteri Aditya, Yasmine Ow merupakan seorang influencer asal Malaysia.

SELAMAT melahirkan bayi lelaki secara pembedahan, isteri kepada pelakon Indonesia Aditya Zoni iaitu Yasmine Ow masih berada dalam pemantauan pihak hospital kerana mengalami tekanan selepas bersalin.

Menurut Aditya, Yasmine berdepan dengan tekanan disebabkan melahirkan anak secara pembedahan di sebuah hospital di Jakarta pada 12 November lalu.

"Isteri saya sedang menghadapi tekanan yang sangat teruk dan ini mungkin disebabkan suntikan yang diterima sebelum pembedahan dilakukan.

"Yasmine masih berehat di hospital dan tidak menerima kunjungan daripada sesiapa kecuali keluarga," katanya.

Pasangan muda ini berkahwin pada Disember tahun lalu

Pelakon Kisah Cinta Anak Tiri itu berkongsi berita berkenaan ketika menjadi artis jemputan dalam sebuah video YouTube Intens Inverstigasi pada Ahad.

Sementara itu, Aditya turut memberitahu bahawa dia dan isteri terkejut setelah mendapat tahu Yasmine terpaksa bersalin awal dari tarikh yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa 6 jam tangan mewah, Shah Rukh Khan kena bayar cukai RM39,000 kepada kastam India

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh simpan rahsia! Jay Pharoah dedah saiz zakar Pete Davidson

"Saya terkejut apabila diberitahu isteri terpaksa bersalin awal atas nasihat doktor dan kebetulannya saya sedang sibuk dengan penggambaran drama baru.

"Rakan artis dan pengarah memahami masalah yang dihadapi dan meminta saya untuk memberi fokus penuh dalam menjaga isteri di hospital.

Aditya Zoni dan Yasmine Ow berkahwin pada Disember tahun lalu dan pelakon itu mengumumkan isterinya hamil anak pertama setelah beberapa bulan berkahwin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain