suria

Luna Maya dedah pernah tolak lamaran lelaki hartawan, selesa hidup sendiri

Luna Maya tidak peduli orang kata lebih selesa jadi bujang.

PELAKON Luna Maya sememangnya terkenal sebagai orang yang sangat memilih dalam mencari pasangan hidup.

Diseabkan itu juga Luma memberitahu dia lebih selesa bersendirian meskipun usainya sudah mencecah 39 tahun.

Memetik laporan Liputan6, Luna mendedahkan bahawa dia pernah dilamar seorang lelaki kaya.

Luna Maya akui memilih dalam mencari pasangan hidup.

Kata Luna, dia terpaksa menolak lamaran lelaki tersebut kerana sudah mempunyai isteri.

"Ada lelaki yang cuba rapat dengan saya malah saya pernah dilamar olehnya. Saya tak nak sebut namanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Denis Chariesta dakwa Luna Maya suka tabur fitnah, dendam isu rampas suami Ayu Dewi

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya kecewa tiada adegan cium dengan Reza Rahadian

"Dia kaya, kacak tapi sayang sudah ada isteri," katanya.

Dalam pada itu, Luna memberitahu dia tidak peduli dengan pandangan orang ramai berhubung dia masih single meskipun usia bakal mencecah 40 tahun.

"Bukan menolak tapi yang penting perkahwinan itu tidak membebankan diri," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain