suria

Oki Setiana setuju anak jadi bahan kajian, harap dapat bantu kanak-kanak lain dengan sindrom Prader Willi 

Oki dan suami, Ory yakin kajian dilakukan dapat merawat anaknya.

ANAK bongsu pelakon dan pendakwah bebas terkenal Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi akan dijadikan sebagai bahan kajian oleh sebuah institusi kesihatan di negara berkenaan.

Oki berkata, dia bersetuju anaknya Sulaiman Ali Abdullah yang dilahirkan dengan penyakit sindrom Prader Willi (PWS) akan melalui proses berkenaan dengan harapan dapat membantu kanak-kanak lain dengan nasib sama.

"Saya setuju sekiranya kajian dilakukan terhadap anak saya ini dapat membantu kanak-kanak lain.

Sulaiman merupakan anak bongsu yang berusia lima tahun.

"Tidak dinafikan ada kajian berjaya dan sebaliknya tetapi setidak-tidaknya saya telah buat sesuatu untuk melihat Sulaiman pulih," katanya.

Sindrom Prader Willi merupakan salah satu penyakit genetik disebabkan oleh gangguan pada kromosom 15. Penyakit ini menyebabkan kelainan pada banyak sistem tubuh pengidapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis 'naik hantu' jumpa surat daripada bekas kekasih suami!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua anak masuk hospital selepas lima hari demam tidak pulih - Puteri Sarah

Sementara itu, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu memberitahu Sulaiman akan dimasukkan menerusi program Work of Stemcell yang melibatkan penyelidikan daripada beberapa penyelidik dari seluruh dunia.

Oki juga memberitahu proses kajian penyakit berkenaan juga tidak akan dilakukan di Indonesia.

Oki sering memuat naik perkembangan Sulaiman di Instagram dan meraih perhatian pengikutnya.

"Ketika ini Sulaiman sedang menunggu panggilan menyertai program yang sudah didaftar oleh doktornya.

"Proses kajian mungkin akan dibuat di luar negara. Saya tidak pasti di mana kerana belum mendapat kepastian tentangnya," katanya.

Selain Sulaiman, Oki dan suami Ory Vitrio juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, 7, Khadeejah Faatimah Abdullah, 6, dan Ibrahim Muhammad Abdullah, 4.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain