KEMUNCULAN teman lelaki kepada bekas isteri Sule pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 baru-baru ini mencuri tumpuan ramai. Jejaka dikenali sebagai Faris itu dilihat tidak kekok bertemu Sule dan bersahaja menyerahkan anak pelawak yang sedang didukung kepadanya. Mengulas mengenai pertemuan itu, Sule memberitahu dia dan bekas isteri, Nathalie Holscher tidak pernah bermasam muka meskipun jodoh mereka tidak panjang. "Hubungan kami baik-baik sahaja. Netizen yang buat kecoh tentang hal itu. ARTIKEL BERKAITAN: Sule kunci mulut dakwaan bekas isteri curang punca cerai "Saya gembira melihat dia sudah ada pengganti. Sekarang saya boleh serahkan anak kami untuk dijaga Faris," katanya seperti dilaporkan Detik. Sementara itu, Sule turut menerima hadiah istimewa berupa sebuah kereta mewah daripada anak-anaknya iaitu Rizky Fabian dan Puteri Delina. Rizky dan Delina merupakan anak hasil perkahwinan pertama pelawak itu dengan bekas isteri pertama manakala dengan Nathalie mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Adzam yang kini berusia setahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI