suria

Selalu lepak kedai kopi, Tegar Septian dituduh suka buang masa dan abaikan anak

Aktiviti harian Tegar bertemu rakan-rakan dipersoal netizen.

PENYANYI Tegar Septian meluahkan rasa kecewa dengan teguran netizen yang tidak berasas menuduh dirinya sengaja membuang waktu tanpa bekerja.

Menjawab perkara tersebut, Tegar, 22, berkata, tujuan dia keluar adalah untuk bertemu orang bagi mencari peluang pekerjaan.

“Kadang-kadang orang berfikir saya asyik keluar dan terus memberi komen. Sebenarnya saya mencari orang-orang yang menganjur persembahan. Siapa tahu ada rezeki di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar Septian dah ada kekasih baharu, bekas isteri selamba dalam ‘live’ minta wang nafkah anak

“Orang bercakap yang bukan-bukan tentang saya. Penat dengan orang yang tak tahu siapa diri saya yang sebenar,” katanya.

Peserta program Big Stage 2022 itu meluahkan kekecewaannya di Instastory miliknya.

Tegar juga memberitahu dia masih menerima undangan sebagai penyanyi jalanan untuk mencari rezeki.

“Kamu fikir saya bersenang-lenang? Maaf, saya menyanyi mencari duit,” jelasnya.

Dalam satu perkongsian lain, Tegar turut memuat naik paparan komen seorang netizen yang menuduh dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain