suria

Bersalah rogol tiga wanita di China, Kris Wu EXO kena penjara 13 tahun 

Kris Wu dipenjara 13 tahun.

BEKAS anggota kumpulan EXO iaitu Kris Wu dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun atas kesalahan jenayah rogol oleh mahkamah di Beijing pada Jumaat lalu.

Reuters melaporkan Kris atau Li Jia Heng, 32, didapati bersalah merogol tiga wanita susulan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa di China pada November hingga Disember 2020.

Penyanyi itu juga didapati bersalah atas dakwaan mengadakan aktiviti seks pada Julai 2018.

KK2 - 1

Kes penyanyi ini telah mendapat perhatian sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun Kris dilaporkan akan dihantar pulang ke negara kelahirannya iaitu Kanada walaupun peguam di China menjelaskan pengusiran pesalah biasanya dilakukan selepas tertuduh menjalani hukuman di negara tersebut.

Terdahulu, Kris ditahan pada 31 Julai 2022 selepas seorang pelajar di China berusia 18 tahun secara terbuka mendakwa penyanyi itu mengajaknya dan beberapa remaja lain untuk melakukan hubungan seks.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rogol gadis usia 17 tahun, tular rakaman suara bukti Kris Wu tak bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Kris Wu nafi umpan remaja guna minuman keras - "Saya tidak pernah memaksa"

Selain jenayah rogol, Kris turut didenda sebanyak AS$83.77 (RM375 juta) atas kesalahan mengelak membayar cukai menurut Perkhidmatan Cukai Perbandaran Beijing bagi Pentadbiran Pencukaian Negeri.

Untuk rekod, Kris membua penampilan sulung bersama EXO pada 2012 namun mengambil keputusan bergerak solo dua tahun kemudian.

Ia ekoran terdapat masalah melibatkan kontrak bersama syarikat pengurusan, SM Entertainment yang berpangkalan di Korea Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain