suria

Bekas pekerja dedah Kanye West suka tayang gambar bogel Kim Kardashian, tonton video lucah ketika mesyuarat

Kanye didakwa mendedahkan gambar bogel Kim kepada rakan sepejabat.

KONTROVERSI melibatkan Kanye West nampaknya masih belum berkesudahan apabila penyanyi rap itu didakwa pernah menunjukkan gambar bogel bekas isterinya, Kim Kardashian kepada pekerjanya.

Tidak hanya itu, Kanye turut didakwa mengajak pekerjanya menonton rakaman video seksnya dengan Kim yang disimpan di dalam telefon.

"Kanye sangat melampau... sanggup dia menunjukkan gambar bogel Kim dan rakaman hubungan seksual mereka kepada pekerja.

Bekas pekerja Adidas dedah sisi gelap penyanyi rap, Kanye West.

Kanye sering mencetuskan kontroversi.

"Bagi saya ia sangat menjijikkan dan ia sepatutnya privasi yang perlu dijaga. Jadi ia tidak patut disebarkan kepada orang lain," kata salah seorang pekerjanya di Yeezy.

Sementara itu, individu berkenaan mendakwa Kanye pernah memasang video pornografi ketika mereka sedang bermesyuarat selain mengajak mereka bercakap perkara lucah.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat buat tabung dana bantu Kanye West, hanya berjaya kumpul RM24

ARTIKEL BERKAITAN: Buli teman lelaki, Kim Kardashian beri Kanye West amaran

Kata bekas pekerjanya itu lagi, Kanye tidak pernah menunjukkan rasa malu sebaliknya berbangga dengan tindakannya itu.

"Kanye pernah menunjukkan foto bogel Kim dengan gaya yang sombong sambil memberitahu isterinya baru sahaja menghantar gambar tersebut," katanya.

Untuk rekod, Kim memfailkan penceraian terhadap Kanye selepas mendirikan rumah tangga selama enam tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain