suria

Dua anggota WEi terlibat kemalangan jalan raya, konsert terpaksa ditangguhkan 

Kim Dong Han dan Kang Seok Hwa kemalangan ketika dalam perjalanan ke studio rakaman.

ANGGOTA kumpulan kpop WEi iaitu Kang Seok Hwa dan Kim Dong Han dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu.

Difahamkan ketika kemalangan itu berlaku, dua penyanyi tersebut dalam perjalanan ke studio rakaman dan berkongsi kenderaan dengan beberapa orang staf pengiring.

Perkara itu turut disahkan oleh pengurus kumpulan WEi dan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Kumpulan WEi dianggotai oleh enam orang ahli

"Kim dan Kang sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mereka berdua dalam keadaan baik dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Sementara itu, pengurus kumpulan yang popular dengan lagu Too Bad itu turut memohon maaf kepada semua peminat jika terpaksa pihaknya terpaksa menangguhkan beberapa siri konsert WEi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun bercinta, Luhan EXO akhirnya bergelar suami aktres China

ARTIKEL BERKAITAN: BTS kumpulan pertama menang kategori ‘Artis Kpop Kegemaran’ Anugerah Muzik Amerika

Sebarang perubahan juga katanya akan dimaklumkan menerusi media sosial.

"Maaf kepada peminat atas kejadian yang berlaku dan tarikh konsert yang akan datang mungkin akan ada sedikit perubahan. Saya akan sentiasa kemas kini jika ada berlaku penangguhan. Harap semua peminat faham dengan situasi sekarang," katanya.

Selain Kang Seok Hwa dan Kim Dong Han, kumpulan WEi ini dianggotai oleh Kim Yo Han, Kim Jun Seo, Jang Dae Hyeon dan Yoo Yong Ha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain