SELEPAS sah bercerai dengan Angga Wijaya pada Ogos lalu, penyanyi Dewi Perssik dikatakan sudah bertemu pengganti hati apabila dilihat rapat dengan pengacara dan penyampai radio bernama Rian Ibram. Menyifatkan Rian sebagai seorang yang baik, Dewi atau mesra disapa Depa tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki itu. “Kalau tidak jadi suami, dia boleh menjadi sahabat. Rian seorang yang baik dan tidak kedekut berkongsi ilmu. Tidak perlu terburu-buru untuk bercinta kerana kami boleh berkawan dulu. “Kalau dia boleh menyakinkan saya dan hati ini terbuka, kenapa tidak untuk kami berkahwin. Biarlah masa yang menentukan,” katanya seperti yang dipetik dari Suara. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh mandul, Dewi Perssik bakal buat laporan polis... Dedah pernah jadi mangsa dera suami Selain Angga, Depe juga pernah berkahwin dengan penyanyi dangdut Saiful Jamil dan Aldi Taher namun semuanya tidak bertahan lama. Dalam perkembangan lain, Depe juga berkongsi keadaan ibunya yang kini kurang sihat selepas membaca berita buruk yang diperkatakan tentang dirinya. “Ibu saya terlalu berfikir tentang cerita itu sehingga jatuh sakit. Kakinya bengkak. Dia selalu demam panas jika terlalu banyak fikir,” jelasnya. Depe kini sedang mengumpul maklumat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa selepas menerima banyak tuduhan mengatakan dirinya mandul. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI