BARU sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua pada 26 November lalu, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Ratu Rizky Nabila didakwa bakal bercerai dengan suaminya iaitu Ibrahim. Berita mengejutkan itu dikongsi oleh Ibrahim yang memberitahu hatinya hancur apabila mendapat tahu Nabila menyimpan perasaan cinta terhadap lelaki lain. "Ketika majlis berlangsung pun dia sempat minta agar acara dibatalkan. Apabila ditanya adakah sesiapa yang memaksa untuk berkahwin, katanya tidak! ARTIKEL BERKAITAN: Tamat tempoh edah, Dewi Perssik kini rapat dengan Rian Ibram... tak tolak jika kembali bertemu jodoh "Kami bernikah pada hari Sabtu (26 November). Hari Ahad dan Isnin semuanya baik-baik sahaja. Kemudian dia minta cerai dengan alasan sudah ada yang lain. "Hati saya sangat hancur sehingga tidak boleh tidur," kata lelaki asal Libya itu seperti yang dipetik dari KapanLagi. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nabila. Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Alfath Fathie pada Mac 2020 sebelum bercerai pada 5 Mei 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI