suria

Sangkal dakwaan biadap dengan pekerja… Chuu tampil bela diri, enggan keruhkan keadaan

Chuu nafi bersikap biadap dengan pekerja

PENYANYI Chuu akhirnya membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas agensinya iaitu BlockBerry Creative tentang punca dia disingkirkan dari kumpulan LOONA.

Chuu atau Kim Ji Won menegaskan bahawa dia tidak pernah bersikap biadap dengan pekerja atau peminatnya sepanjang bekerja di bawah agensi itu.

"Halo! Ini Chuu. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan perhatian kepada saya.

Peminat memberi sokongan kepada Chuu untuk terus kuat melawan tuduhan yang diberi

"Di sini saya mahu menegaskan bahawa saya tidak pernah bersikap biadap dengan mana-mana pekerja dan terutamanya kepada peminat.

"Sejujurnya saya masih hairan tentang situasi sekarang tetapi saya cuba untuk memahaminya atas nasihat dari orang sekeliling," katanya.

Chuu menjelaskan perkara tersebut menerusi instastory akaun Instagram miliknya dan berharap semua spekulasi yang timbul dalam kalangan peminat sudah terjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah bersikap biadap dengan pekerja, Chuu disingkirkan dari kumpulan LOONA

ARTIKEL BARKAITAN: Pelakon ‘Squid Game’ dituduh cabul wanita, dakwa hanya pegang tangan keliling tasik

Sementara itu, Chuu turut memberitahu bahawa dia akan mengeluarkan kenyataan yang kukuh untuk membela dirinya selepas perbincangan dengan bekas agensi selesai.

"Buat masa sekarang saya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menambahkan lagi masalah. Selepas semuanya selesai, saya pasti akan membela diri saya," katanya.

BlockBerry Creative sebelum ini memberitahu Chuu terpaksa disingkirkan dari kumpulan LOONA kerana didakwa bersikap biadap dan tidak menghormati pekerja di agensi itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain