suria

Ifan Seventeen dan isteri buat rawatan IVF kali kedua... masalah kesihatan bukan punca sukar mengandung

Irfan dan isteri lakukann IVF sebagai usaha dapatkan.

HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Seventeen iaitu Ifan dan juga isterinya sepakat melakukan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.

Memetik laporan Insertlive, Ifan berkata ini merupakan kali kedua isterinya iaitu Citra Monica melakukan kaedah IVF itu.

"Ini kali kedua, dulu pernah buat tetapi keputusan tidak begitu baik," katanya.

Ifan Seventeen dan isteri lakukann IVF kali kedua.

Dalam pada itu, Ifan menyangkal dakwaan dia dan isteri mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan anak.

Sebaliknya dia memahami keadaan isterinya yang sudah berusia 37 tahun berkemungkinan agak sukar untuk memperolehi cahaya mata.

"Bukan ada masalah kesihatan tetapi orang perempuan kan ada had waktu dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan Seventeen, Citra Monica akhirnya disatukan sebagai suami isteri... majlis pernikahan disiarkan secara langsung

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu asyik main telefon, isteri Ifan Seventeen terlupa bayar makan... pekerja restoran hantar resit di Instagram

"Secara kebetulan isteri saya lebih tua dari saya jadi doktor sarankan untuk kaedah IVF supaya kesihatan ibu dan anak lebih terjamin," katanya lagi.

Berkongsi lebih lanjut, Ifan memaklumkan bahawa bulan depan proses pengeluaran telur dan persenyawaan akan dilakukan.

"InsyaAllah kalau tiada apa bulan depan sel telur ibu dan sperma bapa akan disatukan," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain