GARA-GARA bersikap kurang sopan dalam melayan kakitangan agensi BlockBerry Creative, salah seorang anggota LOONA iaitu Chuu atau Kim Ji Woo disingkirkan secara rasmi daripada kumpulan itu. Berita itu disahkan oleh pihak pengurusan yang turut berharap peminat dapat menerima alasan penyanyi tersebut dibuang daripada kumpulan. "Kami rasmi mengeluarkan Chuu dari agensi dan kumpulan LOONA atas beberapa sebab yang tidak dapat dielak lagi. Tindakan agensi BlockBerry Creative yang menggugurkan Chuu dari kumpulan LOONA telah mendapat perhatian ramai "Banyak spekulasi yang timbul tentang perangai Chuu sepanjang menjadi penyanyi dan kami sudah memberi teguran dan amaran kepada Chuu," katanya. Pihak BlockBerry Creative membuat keputusan untuk menggugurkan Chuu kerana sudah tidak tahan lagi dengan aduan buruk yang diterima mengenai sikap selebriti tersebut yang dianggap kurang ajar. "Kami sering menerima aduan buruk tentang Chuu ini sudah lama, cuma tidak berkesempatan untuk berbincang dan berjumpa dengan penyanyi itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Crash Landing On You’, Son Ye Jin dan Hyu Bin timang bayi lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game’ dituduh cabul wanita, dakwa hanya pegang tangan keliling tasik "Semua perbincangan yang dilakukan juga sudah mendapat kata putus dari kedua pihak sebelum perkara ini diumumkan," katanya. Sementara itu, pihak pengurusan kumpulan LOONA juga memohon maaf kepada semua kakitangan agensi berkenaan yang telah tersinggung dengan sikap Chuu. "Kami ingin minta maaf terutamanya kepada pekerja BlockBerry Creative dengan sikap kurang ajar yang diterima dari Chuu sepanjang bekerja bersama," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI