ISTERI kepada Justin Bieber iaitu Hailey Baldwin menafikan dakwaan dia sudah hamil, sebaliknya mendedahkan dia mengalami ketumbuhan cyst pada ovari. Perkara itu dikongsikan Hailey sekaligus menepis dakwaan tersebar kononnya dia sedang berbadan dua. Kata Hailey, saiz cyst tersebut hanya sebesar buah epal dan dia tidak menyedari mengenai ketumbuhan itu. Hailey dedah dirinya tidak mengandung. "Saya tidak hamil tetapi mempunyai cyst pada ovari saya dan ia sebesar epal. Saya tak sedar bila wujudnya cyst itu yang saya tahu saya cuma rasa loya beberapa kali," katanya menerusi Instastory miliknya. Hailey juga memberitahu bahawa dia tidak menghidap endometriosis atau PCOS. "Ia tidak menyeronokkan sebaliknya menyakitkan serta membuat saya berasa kembung perut, kekejangan dan gangguan emosi," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berdiam diri, Hailey Bieber buka mulut tuduhan punca Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah ARTIKEL BERKAITAN: Bila nak 'move on'? Hailey Baldwin rimas tengok komen peminat Selena Gomez di IG Dalam pada itu, Hailey sekali lagi menegaskan dia tidak hamil seperti khabar angin yang tersebar. "Sebagai wanita pasti ramai yang memahami keadaan ini. Ia bukannya bayi," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI