KONTROVERSI perceraian penyanyi Ratu Rizky Nabila terus menjadi perhatian ramai apabila dia mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suami, Ibrahim Alhami atas dakwaan membuat ugutan. Selain itu kata Nabila, lelaki asal Libya itu juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan memburukkan namanya sebagai seorang penyanyi. "Ada beberapa perbualan kami sebelum ini yang telah saya tunjukkan. Salah satunya adalah ancaman untuk membunuh anak saya. Dia juga mengutuk pekerjaan saya sebagai seorang anak seni. Katanya saya bukan seorang Muslim yang baik. Perkahwinan kedua Nabila hanya bertahan dua hari. "Selain itu, dia juga menuntut hak rumah kerana merasakan ia adalah milik bersama sedangkan kami sudah bercerai. Saya tidak mahu lagi ada sebarang urusan dengan dia," katanya seperti yang dipetik dari Suara. Nabila dan Ibrahim bernikah pada 26 November lalu namun bercerai dua hari kemudian selepas merasa tertipu dengan status pekerjaan sebenar lelaki itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Rizky Nabila dedah punca cerai, dakwa suami asal Libya penipu Terdahulu, kedua-dua mereka mengambil keputusan berkahwin hanya selepas seminggu berkenalan di satu aplikasi mencari pasangan. Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Indonesia bernama Alfath Fathier pada Mac 2020 dan berpisah pada Mei 2021. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Jewanio Rizky Abas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI