SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun selepas menembak penjaga haiwan peliharaan Lady Gaga semasa cuba mencuri anjing jenis bulldog milik penyanyi berkenaan. CNA Lifestyle melaporkan, lelaki dikenali sebagai James Howard Jackson itu mengaku tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah mangsa. Ketika kejadian, James, 20, bersama dua lagi lelaki menyerang Ryan Fischer pada Februari 2021 semasa mangsa membawa haiwan tersebut berjalan-jalan. James Howard Jackson dipenjara 21 tahun. Susulan serangan itu, Ryan mengalami kecederaan di bahagian dada sebelum paru-parunya gagal berfungsi sebulan kemudian. Selepas insiden tersebut, Gaga menawarkan ganjaran sebanyak AS$500,000 (RM2.187 juta) kepada sesiapa yang memulangkan semula dua anjing kesayangannyta iaitu Koji dan Gustav. ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga menangis mohon maaf kepada peminat, terpaksa tamatkan konsert kerana ribut petir ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga berdepan masalah psikologi... terbawa-bawa watak Patrizia Reggiani walaupun selepas habis penggambaran Seorang wanita dikenali sebagai Jennifer McBride tampil menyerahkan kembali anjing tersebut berberapa hari kemudian sebelum polis menahannya untuk membantu siasatan. Sementara itu, pihak Polis Los Angeles berkata, mereka percaya anjing tersebut menjadi sasaran kerana daya tarikan baka itu di pasaran gelap. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI