suria

Tuduhan palsu! Nick Carter nafi rogol remaja bawah umur, stesen TV batal siaran program Backstreet Boys

Nama Backstreet Boys juga terjejas susulan dakwaan merogol yang dilakukan oleh Nick (tengah).

PENYANYI Nick Carter menafikan dakwaan merogol seorang remaja bernama Shannon Shay Ruth yang dilakukan pada tahun 2001.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, wakil kepada Nick memberitahu laporan yang dibuat oleh Ruth itu adalah tidak berasas dan menasihati orang ramai agar jangan mudah percaya terhadap dakwaan tersebut.

Malah, wanita yang kini berusia 38 tahun itu juga dikatakan telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan tidak benar tentang Nick sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Carter didakwa rogol remaja 17 tahun, siap ugut jangan buat laporan polis

"Dakwaan terhadap insiden yang berlaku lebih 20 tahun lau adalah tidak benar dan secara hukumnya tidak berasas.

"Sudah beberapa tahun Ruth membuat tuduhan palsu terhadap Nick dan setiap tuduhan itu sering bertukar-tukar. Semoga tidak ada yang terpedaya dengan dakwaan tersebut," kata wakil peguam.

Sebelum ini, Ruth menerusi peguamnya membuka fail laporan terhadap Nick atas dakwaan merogol.

Perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan ketika Ruth menghadiri konsert kumpulan Backstret Boys pada tahun 2001.

Susulan laporan yang dibuat juga pihak stesen televisyen ABC telah membatalkan siaran rancangan A Very Backstreet Holiday sepertimana yang dilaporkan Variety.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain