PELAKON Henry Cavill mengumumkan tidak lagi memegang watak Superman dalam siri terbaharu filem superhero berkenaan yang kini dalam proses pembikinan. Menurut Henry, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dengan pengerusi bersama DC Studios yang baru dilantik iaitu James Gunn dan Peter Safran kerana mereka mahu mengubah jalan cerita filem berkenaan. "Ia adalah satu berita sedih. Saya tidak akan kembali sebagai Superman. Ini bukan satu keputusan yang mudah. Saya mengumumkan untuk kembali sebagai Superman sebelum ini sebelum pelantikan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Nicolas Cage percaya dia seorang alien, suka kumpul barangan eksotik "Saya menghormati keputusan James dan Peter untuk mencipta sesuatu yang baru. Kepada sesiapa yang terlibat dalam filem ini saya ucapakan selamat maju jaya," katanya. Henry menulis perkara tersebut dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya. Dia juga mengingatkan kepada semua peminat untuk terus memberi sokongan kepada watak Superman walaupun ia dibawakan dengan cara berbeza oleh pelakon lain. "Kepada yang sentiasa bersama saya, anda boleh rasa sedih untuk seketika. Tetapi ingatkan Superman masih kekal ada. "Giliran saya untuk memakai baju Superman sudah berlalu, namun dia tetap ada. Seronok dapat bersama anda semua," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI