PELAKON Indonesia Feby Febiola mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika menggunakan tandas di sebuah pusat beli-belah di Jakarta. Detik Hot melaporkan Feby, 44, memberitahu kejadian tersebut berlaku sekitar beberapa tahun lalu ketika dia menghadiri sebuah program yang diadakan di situ. "Kejadian berlaku pada waktu malam dan pusat beli-belah itu juga hampir tutup. Kebetulan saya nak buang air dan tandasnya terbuka di bahagian atas. "Semasa saya buang air kecil, tiba-tiba terasa macam ada yang sedang merakam saya dan ternyata ada orang di bahagian atas tandas berkenaan," katanya. Feby dedah pernah diintai lelaki muda. Menyedari tentang perkara itu, Feby segera keluar dan mengetuk pintu tandas tempat pelaku menyorok dan memintanya keluar. Bagaimanapun katanya, pelaku seorang lelaki berjaya meloloskan diri namun berjaya ditangkap pengawal keselamatan yang bertugas. ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS kongsi foto rambut pendek, peminat tak keruan tengok imej baharu sebelum sertai latihan tentera ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan palsu! Nick Carter nafi rogol remaja bawah umur, stesen TV batal siaran program Backstreet Boys Feby turut membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan namun menarik semula laporan yang dibuat kerana bersimpati terhadap pelaku. "Lelaki berkenaan masih belajar, saya terkejut kerana dia masih muda... saya berasa kasihan dan memberinya peluang untuk memperbaiki diri. "Akhirnya selepas beberapa hari kemudian saya menarik semula laporan polis yang dibuat," katanya. Disebabkan insiden itu, Feby berkata, sehingga ke hari ini dia fobia mahu menggunakan tandas di tempat awam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI