suria

Nicolas Cage percaya dia seorang alien, suka kumpul barangan eksotik

Nicolas mendakwa sebenarnya dia seorang alien.

PELAKON Hollywood Nicholas Cage mendakwa sejak kecil sering dimomokkan dia adalah makhluk asing yang turun ke bumi dan bukannya manusia.

Nicolas berkata, perkara itu sering diberitahu oleh bapanya sendiri bahawa dia tidak seperti manusia biasa sehingga menyebabkan dia percaya apa diperkatakan.

"Waktu kecil, bapa beritahu bahawa saya tidak seperti manusia biasa kerana saya adalah seorang alien.

"Tetapi waktu saya jumpa doktor, organ dan rangka badan saya normal dan tiada yang pelik," katanya.

Nicolas beli rumah agam berhantu sebagai koleksi.

Sementara itu, pelakon Ghost Rider ini memberitahu disebabkan perkara itu dia membesar sebagai seorang yang kurang keyakinan diri kerana percaya dia bukan seperti manusia normal lain.

Bagaimanapun Nicolas mendedahkan pelakon dan penyanyi David Bowie banyak mengubah presepsinya terhadap kehidupan selain menjadikan dia lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

"Saya mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan orang tetapi selepas menonton lakonan David dalam filem The Man Who Fall to Earth, saya jadi lebih yakin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh makan duit isteri, Rizky Billar tunjuk bukti beri nafkah kepada Lesti Kejora

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek bunuh penyanyi rap Takeoff ditangkap, niat lari ke luar negara tak kesampaian

"Sebab itu saya jadi pelakon kerana saya merasakan bahawa diri saya lain daripada orang normal," katanya.

Dalam pada itu, Nicolas memberitahu disebabkan perkara itu dia gemar membeli dan menyimpan barangan pelik yang disifatkan dapat membantunya mengatasi trauma.

Antara koleksi pelik dalam simpanannya termasuklah fosil dinosur, ular tedung albini, karya seni eksotif malah membina sebuah rumah agam bertemakan hantu.

Tidak hanya itu, Nicolas turut membeli keranda berbentuk piramid mewah dan mahu jasadnya diletakkan di situ selepas kematiannya nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain