suria

Pipi Song Hye Kyo berbekas akibat ditampar Lim Ji Yeon, terpaksa ‘touch up’ solekan 

Pipi Song Hye Kyo bengkak akibat ditampar telalu kuat ketika berlakon drama.

GARA-GARA terlalu menjiwai watak dalam sebuah drama, pipi pelakon Song Hye Kyo bengkak kerana ditampar oleh Lim Ji Yeon yang juga pelakon dalam drama tersebut sehinggakan dia lupa dialog babak seterusnya.

Menurut Hye Kyo, pipinya ditampar dengan kuat dan ini merupakan pengalaman pertama kali berlaku kepadanya sepanjang bergelar pelakon yang akan dijadikan sebagai kenangan.

"Saya dah lama berlakon tetapi ini pengalaman pertama kali saya ditampar dengan begitu kuat.

"Selepas kena tampar, kepala rasa kosong sampai terlupa apa dialog babak seterusnya,' katanya.

Song Hye Kyo lupa dialog akibat kena tampar dengan kuat

Menerusi babak tersebut, Hye Kyo dan Ji Yeon perlu melakukan aksi tampar menampar dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kesan dramatik.

Sementara itu, pelakon drama Descendent of the Sun itu memberitahu selepas babak tersebut selesai, dia terpaksa mengenakan semula solekan kerana terdapat kesan tampar di bahagian pipinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Hye Kyo, Jun Ji Hyun aktres termahal Korea Selatan! Terima bayaran RM720,000 setiap episod

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Reborn Rich’ sedarkan Song Joong Ki tentang kekayaan, belajar bahasa Inggeris melalui ‘The Crown’

"Apa pengarah jerit cut, saya tengok cermin dan nampak pipi saya ada bekas tampar.

"saya terpaksa mengambil masa untuk menambah solekan terutamanya di bahagian wajah,' katanya.

Hye Kyo memegang watak wanita yang mengalami trauma dan ingin membalas dendam menerusi drama berjudul The Glory yang bakal menemui penonton pada 30 Disember ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain