SETELAH dua kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Indonesia Wulan Guritno luah rasa sunyi menjalani kehidupan seorang diri tanpa pasangan di sisi. Menurut Wulan, jika diberikan rezeki untuk mempunyai anak lagi pada usianya yang kini mencecah 41 tahun, dia mahu menggunakan peluang itu sebaik mungkin. "Berseorangan sangat tidak seronok sebab saat akhirnya kita memerlukan seseorang untuk hadapi umur tua bersama. Wulan rasa sunyi tanpa pasangan di sisi. "Kalau masih diberi peluang, ya saya nak. Sekarang umur baru 41 tahun dan zaman ini usia 40-an masih dianggap seperti awal 30-an," katanya. Wulan menjawab persoalan itu ketika menjadi tetamu jemputan dalam sebuah acara podcast milik Anang Hermansyah yang di tanya tentang perkembangan kehidupannya selepas bercerai dengan bekas suami, Adilla Dimitri. ARTIKEL BERKAITAN: Peminat BTS beli kereta mewah Jungkook, bayar 5 kali ganda berbanding harga asal ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard lunas tuntutan saman, Johnny Depp derma RM4.4 juta kepada kebajikan Sementara itu, Wulan turut memberitah kecanggihan teknologi zaman sekarang jauh lebih baik dari zaman dahulu dan ini menjadikan diri seseorang itu terlihat 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar. "Mungkin cara pemakanan seseorang itu berbeza, pandangan dan wawasan kita semua juga berbeza," ujarnya. Menurut sumber, Wulan dilaporkan sedang hangat bercinta dengan pemain bola keranjang, Sabda Ahessa yang memiliki perbezaan umur 15 tahun dengan pelakon itu. Wulan bersama anak-anaknya dari hasil perkahwinan pertama dan kedua. Untuk rekod, Wulan atau nama sebenar Wulan Lorraine Guritno bercerai dengan Adilla Dimitri pada 8 April 2021 selepas tiada lagi persefahaman. Mereka dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan iaitu Jeremiah Alric Dimitri, 11, dan London Abigail Dimitri, 12. Wulan juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Atilla Syach Razadee dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Shaloom Razade Syach, 24. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI