PADA usia 57 tahun, pelakon Salman Khan mendedahkan mempunyai keinginan memiliki cahaya mata sendiri. Hindustan Times bagaimanapun melaporkan, Salman hanya memiliki anak namun tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan ibu kepada cahaya matanya nanti. "Saya mahu anak tapi tidak mahu ada apa-apa dengan ibunya. Tapi seorang anak pasti perlukan seorang ibu," katanya. Salman berkata, dia sudah mempunyai tempat sesuai untuk mengasuh anaknya itu nanti tanpa bantuan daripada seorang wanita bergelar isteri. Salman Khan terkenal dengan sikap penyayang terhadap kanak-kanak. "Rasanya tiada masalah jika anak saya tiada ibu sebab saya sudah sediakan tempat untuk menjaganya," katanya. Meskipun tidak pernah mempunyai anak, Salman memang terkenal dengan sikap penyayang terhadap kanak-kanak apabila sangat memanjakan anak saudaranya. ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan bunuh, Salman Khan mohon lesen senjata api dan beli kereta kalis peluru ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan saman jiran kerana video provokasi, punca pergaduhan kaum Pun begitu, pelakon terkenal ini didakwa pernah mengasari bekas teman wanitanya, Somy Ali. Somy pernah mendakwa dia menjadi mangsa pukul pelakon berkenaan ketika mereka menjalinkan hubungan cinta. "Dia kaki pukul perempuan dan bukan saya sahaja jadi mangsanya... ramai lagi pernah dipukul tetapi tidak mendedahkannya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI