PELAKON Tunisha Sharma yang sebelum ini ditemukan meninggal dunia di set penggambaran sebuah drama dipercayai menggantung diri disebabkan hubungan cinta dengan aktor Sheezan Khan mendapat halangan. Hindustan Times melaporkan kematian pelakon berusia 20 tahun itu didakwa mempunyai kaitan dengan perbezaan agama dan usia sehingga dia mengambil tindakan tersebut. Disebabkan itu, ibu kepada pelakon berkenaan tampil membuat laporan polis mendakwa bekas teman lelaki Tunisha terlibat dalam kejadian tersebut. Tunisha Sharma berpisah dengan Sheeza Khan sebelum ditemui maut. Pihak polis kemudiannya mereman Sheezan selama empat hari bagi membantu siasatan. Sheeza dalam satu kenyataan memberitahu Tunisha sebelum ini pernah beberapa kali cuba membunuh diri selepas dia memutuskan hubungan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Bollywood Tunisha Sharma ditemukan tidak bernyawa di set penggambaran drama ARTIKEL BERKAITAN: Tak habis-habis gosip cinta Leonardo DiCaprio... kali ini ‘dating’ dengan pelakon muda Victoria Lamas "Tunisha baru-baru ini juga pernah cuba membunuh diri beberapa hari sebelum dia ditemui tidak bernyawa. Ketika itu saya sempat selamatkan dia dan meminta ibunya menjaga dengan lebih baik," katanya. Sementara itu, pihak polis Mumbai melaporkan bahawa Tunisah mengalami tekanan sejak kebelakangan ini dan tiada nota bunuh diri ditemui di lokasi kejadian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI