suria

Lee Hyori menyesal jadi artis, mahu jalani kehidupan normal bersama keluarga 

Hyori lebih selesa jalani hidup tanpa perhatian ramai.

JIKA masa boleh diputarkan kembali, penyanyi Lee Hyori memberitahu tidak mahu bergelar seorang selebriti.

Hyori, 43, berkata, kritikan dan sering menjadi perhatian adalah cabaran paling sukar ditempuh sepanjang bergelar anak seni yang membuatkan dia berharap dapat menjadi manusia normal.

“Susah untuk bersembunyi apabila menjadi seorang artis, itu adalah cabaran paling sukar. Orang mudah memberi kritikan dan menuding jari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bercuti di Jepun, Lee Jong Suk akhirnya mengaku bercinta dengan IU

“Hati saya jadi tidak tenang memikirkan hal tersebut. Saya perlu kawal diri sendiri,” katanya dalam temubual sebuah acara.

Tambah Hyori jika diberi pilihan, dia mahu mendirikan rumah tangga lebih awal dan menjadi ibu yang normal membesarkan anak-anak di rumah.

Penyanyi ini mula terfikir hal tersebut apabila melihat keluarga yang hidup secara sederhana dan bahagia di sekelilingnya.

“Saya mahu berkahwin, memiliki keluarga dan hidup dengan cara yang biasa. Saya mahu hidup sebegitu apabila melihat orang sekeliling.

“Mereka lebih memberi tumpuan kepada keluarga dan tidak dipengaruhi oleh orang lain,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain