suria

Ikon televisyen Barbara Walters meninggal dunia, wanita pertama pecah dominasi lelaki dalam bidang penyiaran

Kehilangan Barbara amat dirasai industri penyiaran.

PERSONALITI televisyen Barbara Walters dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun di kediamannya pada pagi Sabtu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Barbara menghembuskan nafas terakhir secara tenang di samping keluarga.

“Barbara Walters meninggal dunia dengan tenang di rumahnya di kelilingi oleh orang-orang tersayang.

barbara 2

Nama Barbara cukup sinonim dalam bidang penyiaran berita.

“Dia merupakan seorang pemberita hebat bukan sahaja dalam kalangan wartawan wanita, malah untuk semua wanita di dunia,” jelas kenyataan tersebut.

Nama Barbara sememangnya ikonik dalam dunia penyiaran kerana dia merupakan wanita pertama menjadi penyampai berita sekali gus memecah dominasi kaum lelaki pada era 1970-an.

Sepanjang kerjayanya, mendiang telah menemu bual ramai tokoh terkenal seluruh dunia termasuk pemimpin Kerajaan seperti bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thattcher dan Raja Hussein dari Jordan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang legenda Lata Mangeshkar meninggal dunia selepas 27 hari bertarung Covid-19

Selain itu, antara temu bual Barbara dengan selebriti terkenal yang banyak meninggalkan kesan sehingga ke hari ini adalah seperti Michael Jackson, Katherine Hepburn dan Monica Lewinsky.

Barbara dilahirkan pada 25 September 1929 di Boston, Amerika Syarikat dan mendapat pendidikan dalam dalam bidang bahasa Inggeris di Kolej Sarah Lawrence, New York.

Dia memulakan kerjaya sebagai seorang penulis pada tahun 1961 sebelum muncul sebagai penyampai bersama rancangan Today pada 1974.

Kali terakhir mendiang muncul sebagai hos televisyen adalah menerusi rancangan 20/20 selain pernah bertindak sebagai penerbit program bual bicara popular The View.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain