suria

Ramai puji sikap pemurah pelakon ‘Hometown Cha Cha’, derma RM12 juta kepada golongan memerlukan

Shin Min Ah dikenali sebagai artis baik hati dalam kalangan peminat.

PELAKON Shin Min Ah sememangnya terkenal sebagai artis yang baik hati dan suka menderma.

Portal Allkpop melaporkan pelakon berkenaan dianggarkan telah menderma hampir RM12 juta untuk mereka yang memerlukan sepanjang kariernya.

"Shin Min-ah dijangka telah memberi bantuan sebanyak 3.3 bilion won (RM11,517,428.05) untuk golongan yang memerlukan sepanjang menjadi artis," kata wakil agensi pelakon itu.

Shin Min Ah terkenal sebagai artis pemurah.

Katanya, pelakon Hometown Cha Cha itu juga telah mendermakan sebanyak 100 milion won (RM349,013) pada awal tahun dan 269 milion won (RM907,433) di penghujung tahun ini.

"Di penghujung tahun 2022, Shin Min-ah sempat menderma kepada dua institusi iaitu Komuniti Pemeriksaan Dada Korea dan Pusat Perubatan Asan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlakon dalam satu drama, ini alasan Kim Woo Bin tidak diberi watak kekasih Shin Min Ah

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Woo Bin bebas kanser, mula rancang kahwin dengan Shin Min Ah tahun ini selepas enam tahun bercinta

"Awal tahun juga dia telah menderma dua institusi lain seperti Persatuan Jabatan Harapan bagi Bantuan Bencana Kebangsaan untuk bantuan kecemasan dan barangan khusus yang diperlukan oleh mangsa kebakaran hutan," katanya.

Shin Min Ah sememangnya aktif membantu golongan memerlukan seperti menderma sejak 2009 lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain