suria

Kunto Aji jumpa pakar psikologi secara rutin demi jaga kesihatan mental

Kunto bertemu dengan pakar psikologi.

PENYANYI Kunto Aji merupakan salah seorang selebriti Indonesia yang sangat mementingkan tentang kesihatan mental.

Kunto atau nama sebenarnya Kunto Aji Wibisono, 35, berkata, dia sering melakukan terapi bagi menjaga kesihatan mental bagi meredakan tekanan.

"Banyak terapi yang dilakukan, termasuklah saya ke pusat psikologi dan menjalani rawatan kinesiologi, iaitu kajian saintifik mengenai pergerakan manusia," katanya.

Kunto berkongsi perkara itu menerusi acara pembukaan Wardah Color Fit Beauty Moves You Art Journey yang diadakan di Jakarta Selatan pada Rabu.

kunto1 - 1

Kunto mengambil berat tentang kesihatan mental.

Menurut laporan Kompas.com, penyanyi itu memberitahu terapi kinesiologi ini boleh diamalkan bagi membantu menjaga kesihatan mental.

Teknik terapi dengan cara mengenali keadaan tubuh, seperti mengalami ngilu di bahagian anggota tubuh tertentu dapat dikurangkan dengan melakukan rawatan berkenaan.

Sementara itu, selain menjaga kesihatan mental, Kunto turut melakukan meditasi tersebut untuk menurunkan kadar stres yang dirasakan sudah keterlaluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lalui fasa paling buruk, Ajoi Zainal belum ada kekuatan kongsi derita berdepan masalah mental

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly teruja lagu 'Kan Ku Sudah Kata' ciptaannya jadi OST filem... sarat mesej tentang kesihatan mental

"Memang pendekatan kinetologi ini untuk pemeriksaan tubuh badan, namun ia juga boleh menguruskan masalah stress dengan cara bermeditasi," ujarnya.

Tambah Kunto, jenis terapi psikologi juga tidak sama untuk semua orang kerana masing-masing memerlukan keperluan konsultasi yang berbeza.

"Sukar untuk bangun daripada katil tetapi tidak sakit itu juga tanda seseorang itu memerlukan konsultasi psikologi.

"Kalau sudah seperti itu, ia merupakan tanda-tanda bahaya dan perlu untuk berjumpa dengan pakar psikologi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain