suria

Rawatan IVF gagal, Jennifer Aniston mahu ambil anak angkat perempuan

Jennifer Aniston mahu anak angkat perempuan.

PELAKON Jennifer Aniston dilaporkan bakal mengambil anak angkat selepas gagal dalam rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Kata Jennifer, 57, dia tidak pernah mengalah untuk mendapatkan anak sendiri walaupun terpaksa menggunakan pelbagai cara.

"Saya buat keputusan untuk mengambil anak angkat perempuan malah saya tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anak dengan menggunakan cara yang berbeza ," katanya.

Jennifer Aniston selesa membujang.

Memetik laporan Geo.Tv, Jennifer juga dikatakan selesa membujang walaupun usianya semakin bertambah.

"Saya tidak sabar untuk ada anak sendiri. Saya seronok menjadi bujang... semakin berusia dan dapat berkongsi hidup dengan anak itu nanti," kongsinya lagi.

Tambah Jennifer, dia membuat keputusan untuk mengambil anak angkat itu selepas kematian bapanya, John Aniston.

"Ketegangan antara saya dan juga bapa saya telah selesai jadi saya tidak teragak-agak untuk membesarkan anak saya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa sudah ada anak... netizen tak henti ‘korek’ cerita kekasih Song Joong Ki

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah istimewa sempena Krismas... Isteri Randy Pangalila umum hamil anak kedua

"Saya percaya saya mampu memberikan didikan terbaik pada anak saya malah saya juga boleh mengupah pengasuh untuk menjaganya," kongsinya.

Untuk rekod, Jennifer pernah mendirikan rumah tangga bersama Brad Pitt pada tahun 2000 dan berpisah pada 2005.

Dia mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama Justin Theroux pada 2015 dan bercerai pada 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain