suria

Didakwa sudah ada anak… netizen tak henti ‘korek’ cerita kekasih Song Joong Ki

Kekasih Joong Ki didakwa punya anak perempuan.

SEBAIK sahaja membuat pengakuan hatinya kini sudah dimiliki, kekasih pelakon Song Joong Ki terus mendapat perhatian netizen kerana didakwa sudah mempunyai cahaya mata.

Memetik laporan Allkpop, netizen menemui sebuah foto yang menunjukkan Katy Louise Saunders seperti sedang hamil ketika menghadiri sebuah acara di Itali pada 2012.

song1 - 1

Foto-foto Katy yang ditemui netizen.

Malah, netizen turut berkongsi beberapa foto teman wanita aktor itu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang didakwa sebagai anaknya.

Rata-rata peminat memberikan reaksi positif dan melihat perkara itu bukanlah satu masalah jika Joong Ki menjalinkan hubungan bersama seorang ibu tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki tayang kekasih minah salih, ada peminat dakwa nampak di klinik ibu mengandung

ARTIKEL BERKAITAN: 'Reborn Rich' sedarkan Song Joong Ki tentang kekayaan, belajar bahasa Inggeris melalui 'The Crown'

"Jadi, apa masalahnya? Joong Ki juga pernah kahwin sebelum ini. Asalkan mereka saling menyayangi.

"Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Tak perlu jadikan anak kecil sebagai satu isu.

"Sudah tentu Joong Ki yang memilih dia, pasti Joong Ki sudah tahu tentang perkara itu," tulis netizen.

song2 - 1

Joong Ki tidak lagi merahsiakan hubungan cintanya.

Terdahulu, timbul kontroversi apabila dikatakan kekasih Joong Ki sedang hamil kerana ada peminat yang melihat mereka di klinik pakar obstetrik-ginekologi baru-baru ini.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan aktor berkenaan enggan mengesahkan perkara itu kerana tidak mahu mencampuri urusan peribadi mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain