suria

‘Anjali’ kini tunang orang, bakal suami lelaki kacak dari AS

Sana berkongsi detik bahagia di awal tahun baharu.

TAHUN baharu 2023 pastinya lebih bermakna buat pelakon Sana Saeed apabila mengumumkan pertunangan dia sudah bertunang dengan jejaka pilihannya Csaba Wagner.

Berkongsi detik bahagia di Instagram miliknya, Sana, 34, dilihat terkejut apabila lelaki asal Amerika Syarikat itu melutut melamarnya sambil menyarungkan sebentuk cincin bertahtakan berlian.

Pasangan ini berpelukan meraikan detik indah tersebut dan turut merakamkan gambar bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan kematian Tunisha Sharma semakin rumit... Polis kesan mesej bekas kekasih dengan wanita lain, mungkin jadi punca bunuh diri

Sana merupakan pelakon yang sebelum ini cukup popular dengan watak Anjali iaitu anak kepada Rahul (lakonan Shah Rukh Khan) dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Menerusi ruangan komen hantaran tersebut, Sana menerima banyak ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti.

Sementara itu dalam satu perkongsian lain, Sana berharap para pengikut di media sosial juga akan mendapat kebahagiaan sepertinya.

"Saya harap insan yang terbaik akan datang dalam hidup anda tahun ini. Anda layak mendapat semua cinta dari seluruh dunia," ujarnya.

Dalam masa sama, ada dalam kalangan peminat yang masih memanggilnya dengan gelaran Anjali dan mereka turut mengimbau kenangan tentang filem yang popular pada tahun 1998 itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain