UMUM sedia maklum, salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu Jin sedang menjalani latihan ketenteraan sejak 13 Disember lalu. Sejak Jin atau Kim Seok Jin, 31, menyertai latihan ketenteraan ramai peminat merinduinya apatah lagi tidak dapat menatap wajah terkininya. Bagaimanapun, baru-baru ini tular foto Jin segak dalam uniform tentera sehingga membuatkan peminat jadi tak keruan. Jin BTS sedang jalani latihan ketenteraan. Bukan itu sahaja, Jin juga dilihat gagah dalam persalinan itu sambil memegang senjata api. Difahamkan foto tersebut diambil oleh peminatnya menerusi The Camp yang merupakan aplikasi rasmi milik tentera Korea Selatan. Sehubungan itu, ramai peminat penyanyi itu memberikan kata-kata semangat kepada bintang kpop berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS kongsi foto rambut pendek, peminat tak keruan tengok imej baharu sebelum sertai latihan tentera ARTIKEL BERKAITAN: Kajian mendapati Jin BTS miliki wajah lelaki paling sempurna "Betul ke ini Kim Seok Jin? Kalau betul terus bersemangat ya sayang. Tengok gambar ini terus rasa sedih bercampur bangga. Rindu dekat gelagat dia. "Tersentuh lihat gambar Jin, hati-hati sayang jangan sampai terluka," antara komen netizen. Untuk rekod, Jin ditempatkan ke unit barisan hadapan tentera dan dia bakal melaksanakan tugas latihannya selama 18 bulan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI