suria

Tegar Septian dedah bekas isteri hamil sebelum nikah, anak bukan darah daging sendiri

Tegar terbuka dedah kisah rumah tangga.

PENYANYI Tegar Septian membuat pengakuan menggemparkan mendakwa anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri iaitu Sarah Sheilka bukan darah dagingnya.

Menurut Tegar, 22, dia mengetahui tentang hal tersebut selepas bercerai dengan Sarah pada pada Jun tahun lalu.

"Baru saya tahu sebelum ini saya telah ditipu. Betul dia hamil sebelum kami nikah," katanya menjawab soalan peminat di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan bercinta, Tegar kantoi curang dengan perempuan lain

Tambah Tegar dia sebelum ini mengambil keputusan untuk bernikah dengan Sarah setelah mendapat tahu wanita itu hamil selepas mereka menjalinkan hubungan bersama.

Terkejut dengan berita tersebut, Tegar pasrah untuk menerima Sarah sebagai isteri kerana menyangka anak dalam kandungan itu adalah daripada benihnya.

tegar 22

Tegar merasa tertipu dengan pujukan bekas isteri.

"Selepas saya bertemu dan bersama Sarah dia maklumkan dirinya hamil.

"Saya jadi bingung ketika itu, jadi pasrah sahaja untuk bernikah," jelasnya.

Tegar dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan anak yang didakwa bukan darah dagingnya itu kini berusia 3 tahun dan diberi nama Abidzar Oktavino Putra Septian.

Selepas bercerai Tegar pernah menjalinkan hubungan cinta dengan wanita bernama Olly namun hubungan tersebut juga tidak bertahan lama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain