suria

Bekas isteri kongsi foto bersama lelaki, netizen syak itu individu disebut Tegar... “Muka ada iras anak dia”

Netizen dakwa lelaki tersebut merupakan individu yang didakwa tegar pada tempoh hari.

KEMELUT rumah tangga membabitkan penyanyi Tegar dan bekas isteri semakin hangat apabila Sarah Sheilka memuat naik foto bersama seorang lelaki didakwa merupakan ayah kepada anak lelakinya, Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Gambar dimuat naik Sarah bersama seorang lelaki dikenali sebagai Fathan itu menarik perhatian netizen kerana ada mendakwa individu tersebut adalah orang yang disebut oleh Tegar sebelum ini.

Sarah membuat keputusan untuk tidak lagi mempunyai hubungan dengan Tegar

Menerusi hantaran berkenaan, Sarah yang mengenakan tudung dan baju berwarna putih kelihatan mesra bergambar bersama lelaki itu.

Malah ada netizen membuat andaian wajah anaknya mirip muka lelaki berkenaan.

"Muka lelaki ni lebih iras dengan anak dia.

"Lah iras sangat ni mukanya. Jauh sangat mirip dengan muka Tegar," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar Septian dedah bekas isteri hamil sebelum nikah, anak bukan darah daging sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan bercinta, Tegar kantoi curang dengan perempuan lain

Sementara itu, menerusi Instastory, Sarah berkongsi paparan skrin Tegar memohon maaf kepada ibunya atas tindakan menyebarkan cerita buruk tentang bekas isteri kepada orang ramai dan minta mendoakan anak lelakinya menjadi seorang anak yang sihat dan soleh.

Sarah turut memberitahu dia mengambil keputusan memutuskan hubungan dan tidak mahu lagi terkait dengan penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu.

Sarah minta Tegar untuk kawal perasaan dan simpan hal privasi

"Saya tak akan bercakap apa-apa lagi. Cukup sebab saya ingin berdamai. 2023 mesti bahagia! Cukup 2022 sedih. Tegar sudah minta maaf kepada ibu saya.

"Doakan semoga Abidzar membesar dengan sihat, pandai dan soleh. Saya doakan Tegar supaya dapat mengawal perasaan dan menyimpan hal privasi dari menjadi perbualan awam.

"Saya tahu semua manusia buat kesilapan dan hari ini saya memutuskan hubungan dengan dia. Biar kita bahagia dengan kehidupan masing-masing," tulisnya.

Sebelum ini Tegar telah membuat pendedahan mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa Sarah telah melahirkan anak yang merupakan hasil daripada perhubungan bersama lelaki lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain