suria

Jake Gyllenhaal imbau adegan intim dengan Jennifer Aniston 20 tahun lalu, anggap ia satu penyeksaan

Jake Gyllenhaal akui janggal lakukan adegan intim bersama Jennifer Aniston.

PELAKON Jake Gyllenhaal berkongsi pengalaman melakukan adegan intim bersama aktres Jennifer Aniston dalam filem The Good Girl yang dilakonkan mereka pada tahun 2002.

Kata Jake, adegan tersebut tidak dapat dinikmati sepenuhnya meskipun Jennifer adalah wanita yang diminati dalam diam.

"Ia seperti penyeksaan tapi macam bukan. Adegan tersebut terasa janggal apabila lebih 30 hingga 50 orang krew produksi turut menonton bersama," katanya.

Jake Gyllenhaal akui terseksa lakonkan adgen intim bersama Jennifer.

Jake berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual yang dikenali sebagai The Howard Stern.

Tambah Jake, adegan tersebut bagai sebuah tarian yang perlu mengikut rentak dan arahan daripada pengarah filem berkenaan.

Lebih menarik lagi, Jake turut berkongsi moment menarik ketika penggambaran tersebut terutama tentang sikap Jennifer yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Model 22 tahun kekasih baru Jake Gyllenhaal

ARTIKEL BERKAITAN: Rawatan IVF gagal, Jennifer Aniston mahu ambil anak angkat perempuan

"Dia sangat baik, dia sarankan saya untuk memakai bantal sebelum memulakan penggambaran adegan tersebut," katanya lagi.

Jelas Jake, walaupun mereka berbeza 11 tahun namun adegan tersebut dapat dilakukan dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain