PUNCA kematian pelakon Tunisha Sharma masih lagi belum bertemu titik noktah, bahkan pelbagai spekulasi mula timbul dan yang turut mengaitkan nama bekas teman lelakinya Sheezan Khan. Lebih parah lagi apabila isu ini melibatkan nama keluarga kedua-dua belah pihak di mana mereka saling menuding jari bagi mempertahankan kebenaran di pihak sendiri. Terbaharu timbul dakwaan kononnya ibu kepada Tunisha pernah bersikap kasar dengan anaknya itu. Pelbagai cerita timbul melibatkan hubungan Tunisha dan Sheezan. Menafikan tuduhan tersebut, bapa saudara kepada Tunisha menjelaskan hubungan kedua beranak itu sangat baik dan tidak pernah berlaku sebarang perbalahan besar dalam keluarga. "Tunisha sangat rapat dengan ibunya. Hanya ibunya sahaja orang terdekat selepas kematian bapa," jelasnya. Kenyataan tersebut menjawab dakwaan yang pernah dibangkitkan oleh peguam Sheezan dalam sebuah sidang media di mana pada ketika itu ibu dan adik lelaki turut hadir sama. ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan kematian Tunisha Sharma semakin rumit... Polis kesan mesej bekas kekasih dengan wanita lain, mungkin jadi punca bunuh diri Tunisha ditemui mati tergantung di kipas siling pada hujung Disember lalu ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Beberapa hari kemudian Sheezan ditahan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap kes tersebut. Bagaimanapun belum dapat dipastikan kematian Tunisha adalah disebabkan bunuh diri atau ada unsur jenayah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI