suria

Jin BTS terima terlalu banyak surat dan hadiah... Pengurusan minta peminat hormati latihan ketenteraan

Pengurus minta peminat untuk berhenti hantar hadiah dan surat kepada Jin BTS sepanjang latihan ketenteraan.

AGENSI pengurusan kumpulan BTS, Bighit Music meminta peminat berhenti menghantar hadiah dan surat kepada penyanyi Jin.

Menurut laporan Soompi, agensi berkenaan memohon peminat untuk menghormati Jin yang sedang menjalani latihan di pusat latihan ketenteraan.

"Jika surat dan hadiah dari peminat sampai di kem latihan itu dengan skala besar, ia akan menyusahkan pihak di sana untuk menyimpan barang tersebut.

Terima kasih atas sokongan tanpa henti kepada Jin BTS

"Mungkin boleh hilang kalau terlampau banyak diterima dari peminat. Jadi tolong jangan kirim surat dan hadiah sehingga Jin selesai latihan ketenteraannya," katanya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga meminta peminat untuk tidak pergi ke pusat latihan sepanjang penyanyi itu menjalankan latihan.

Bighit Music bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat kumpulan BTS yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu peminat terhadap Jin BTS terubat, foto berpakaian tentera tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS kongsi foto rambut pendek, peminat tak keruan tengok imej baharu sebelum sertai latihan tentera

"Kami minta peminat untuk simpan kata-kata sokongan dan perpisahan sehingga Jin selesai latihannya dan kembali dalam keadaan sihat.

"Terima kasih atas sokongan yang diberi dari hari pertama Jin berangkat pergi pusat latihan tentera sehingga kini. Jin pergi ke sana pada bulan Disember lalu dan sekarang sedang menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bighit Music juga berkongsi aplikasi yang boleh digunakan peminat untuk menyampaikan pesanan kepada Jin iaitu melalui Weverse.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain